Madrasah Zubaidiyah

Zubaidiyah adalah sempena nama satu kota Zabid di Yaman yang terkenal sebagai Kota Ulamak Mazhab Asy-Syafie’.

Madrasah Zubaidiyah dibina pada tahun 1988 di Balai Islam Merbok.

Pengasasnya ialah Almarhum Ustaz Hj Ghazali bin Hj Din.

Madrasah Zubaidiyah adalah kesinambungan daripada institusi pondok.

Bermula dengan Tuan Guru Hj Omar “Kaya” Merbok. Beliau membangunkan pondoknya di Bukit Hj Omar, Merbok.

Institusi pondok ini diteruskan oleh anaknya iaitu Tuan Guru Hj Zainal Abidin (Hj Din). Beliau telah memindahkan kawasan pondok itu ke lokasi Madrasah Zubaidiyah sekarang. 

Pada tahun 1988 pula, bermula pengajian secara formal dengan  penubuhan Yayasan Pengajian Islam Merbok sebelum ditukar kepada Madrasah Zubaidiyah ketika proses pendaftarannya. 

Sekarang,  Madrasah Zubaidiyah  menawarkan pengajian peringkat rendah dan  menengah. 

Pelajarnya juga turut menduduki semua sijil peperiksaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia seperti UPSR, PT3, SPM dan STAM. 

Bagi tahun 2020, jumlah pelajar di Madrasah Zubaidiyah seramai 400 orang. 

Manakala guru dan kakitangan sokongan seramai 47 orang.

Sumber kewangan Madrasah Zubaidiyah masih bergantung kepada yuran bulanan pengajian dan  asrama serta. sumbangan orang ramai.

Madrasah Zubaidiyah juga turut  memberikan pengajian secara percuma kepada anak-anak yatim.

Pihak pentadbir Madrasah Zubaidiyah sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan kakitangannya yang banyak berkorban demi untuk Agama, Bangsa dan Negara.