Ketika di akhirat nanti, semua manusia dalam keadaan cemas. Masing-masing hanya ingin menyelamatkan diri daripada neraka sahaja.
Amal soleh yang dibawa, belum tentu diterima dan mencukupi. Manakala amalan dosa belum tentu telah diampunkan.
Akhirnya, Rasulullah dan golongan teryentu sahaja yang layak membantu. Akan tetapi, adakah kita juga layak merayu bantuan dan syafaat daripada baginda?
Maka buku ini akan membongkarkan tentang golongan yang layak memberi bantuan syafaat seperti para nabi, syuhadak, anak yang mati di usia kecil dan juga golongan yang layak menerima syafaat seperti yang melazimi selawat, rajin membaca Al Quran dan sebagainya.